MINUM TERLALU PANAS MUNGKIN PENYEBAB KANSER - UTUSAN 12 JUN 2016

PARIS 15 Jun - Meminum air yang terlalu panas mungkin boleh menyebabkan kanser esofagus, kata sebuah agensi kanser di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Mengambil contoh kopi yang diambil pada ‘suhu penyediaan normal’, Pengarah Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC), Christopher Wild berkata, hasil kajian pihaknya mendapati, kanser tersebut mungkin terbentuk kerana suhu air yang terlalu panas berbanding faktor minuman itu sendiri.

Terdahulu, IARC telah menjalankan kajian semula terhadap lebih 1,000 kajian saintifik berhubung kemungkinan kopi atau beberapa minuman lain menjadi penyebab kanser.- AFP

SUMBER : http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/minuman-terlalu-panas-mungkin-penyebab-kanser-iarc-1.342867#sthash.Ss92VlQZ.XyS1nM4J.dpuf